DIAGNOSIS TERPERINCI KEROSAKAN DAN SEBUTHARGA SEBELUM PEMBAIKAN.
Kami memahami kepentingan ketelusan dalam pembaikan peranti. Oleh itu, setiap komputer atau laptop yang dihantar ke Yoi Tech Computer akan melalui proses diagnosis menyeluruh secara profesional. Juruteknik kami akan memeriksa setiap komponen utama termasuk papan induk, RAM, hard disk, power supply, sistem penyejukan, serta prestasi sistem operasi untuk mengenalpasti punca sebenar kerosakan.
Setelah selesai diagnosis, kami akan memberikan laporan ringkas bersama sebutharga terperinci kepada pelanggan. Ini termasuk anggaran kos alat ganti, caj servis, dan jangka masa pembaikan. Tiada sebarang caj tersembunyi dikenakan – pelanggan berhak membuat keputusan sebelum kami meneruskan sebarang pembaikan.

