Naik Taraf Perkakasan (Hardware Upgrade) & Perundingan Prestasi Sistem
Ramai pelanggan datang ke kami kerana komputer atau laptop mereka sudah mula perlahan, sering “hang”, atau tidak mampu menyokong perisian terkini. Dalam kes seperti ini, naik taraf perkakasan adalah penyelesaian yang lebih menjimatkan daripada membeli peranti baharu.
Servis ini merangkumi:
- Naik taraf RAM untuk kelancaran multitasking dan aplikasi berat
- Penukaran Hard Disk kepada SSD untuk kelajuan buka sistem dan aplikasi 5x lebih laju
- Penggantian kad grafik (GPU) bagi pengguna yang bermain game atau kerja rekabentuk grafik
- Upgrade processor (jika sesuai model) untuk prestasi lebih mantap
- Pemasangan sistem penyejukan tambahan untuk komputer desktop
Juruteknik kami juga akan memberikan konsultansi prestasi sistem secara percuma, termasuk analisis keperluan semasa dan cadangan spesifikasi naik taraf yang sesuai mengikut bajet pelanggan.
Setiap komponen yang dinaik taraf akan diuji dengan teliti dan diberikan jaminan, supaya pelanggan boleh menggunakan peranti dengan lebih puas hati dan tahan lama.

