Pemasangan, Kemas Kini Perisian & Optimisasi Prestasi Sistem
Perisian yang tidak dikemas kini atau terlalu banyak “junk files” boleh menyebabkan sistem jadi lambat dan tidak stabil. Oleh itu, kami menawarkan:
Pemasangan perisian terkini seperti Microsoft Office, Adobe, antivirus, driver, serta aplikasi profesional.
Kemas kini sistem operasi Windows termasuk servis pack, patch keselamatan, dan driver rasmi.
Pembersihan sistem daripada fail cache dan aplikasi tidak diperlukan untuk mengoptimumkan kelajuan.
Pengurusan program startup untuk meningkatkan masa boot dan respons sistem.
Ini membantu pelanggan mendapat pengalaman penggunaan yang lebih lancar, laju dan stabil dalam jangka masa panjang.

